Saturday, May 20, 2017

ULANG TAHUN SI KECIL

Assalamualaikum...

Entry kalini, kami sambut hari jadi si kecil Muhammad Syaddad Sirhan. Satu-satunya putera dalam kalangan kamin 6 orang puteri yang lain :) Sambutan ulang tahun kelahirannya yang kedua, disambut dgn begitu meriah. Alhamdulillah, dia mempunyai ramai ibu angkat di kalangan kawan kawan ummi ku. Hadiah yang dia dapat pun, ya Allah!! Banyak sangat..

Doa kami untukmu sayang,
Jadilah anak yang soleh disamping keluargamu. Jadilah pembimbing dan panduan kepada kakak-kakakmu, meskipun kamu masil kecil, sayang. Jadilah putera dan perwira agama yang bakal menyinar dibumi Allah s.w.t yang semakin tenat ini. Kami sentiasa ada disisimu sayang. Jaga ummi dan ayah ye, disaat kesemua kakakmu terpaksa mengikut langkah suami masing-masing. Mungkin masa itu bukan sekarang, tapi ketahuilah tanggungjawab mu sebagai anak lelaki amatlah besar dikeluarga ini.

Selamat Ulang Tahun, Sayang <3


Wednesday, February 1, 2017

Dia Comel


Assalamualaikum w.b.t


Pertemuan semula dengannya betul betul diluar jangkaan aku. Perkenalan pertama kami sewaktu kami sekolah menengah, yg kononnya aku 'reject' dia (hahaha) lucu sangat bila diingat kembali. Kemudian, dia hilang tanpa berita pada tahun 2011 dan takdir menemukan kami balik beberapa tahun kemudiannya. Nampaknya kami memang boleh jadi 'member sekepala'. Aku kau aku kau. Masa di bekerja di Salad Bar, tiap kali aku lunch hour, biasanya aku bukan makan pun. Mesti contact dgn dia, potpetpotpet. Apa disembang ketika itu pun tak ingat dah sekarang hahaha! 2013 dan 2014 mengajar aku erti jatuh dan bangun. Saat permulaan hijrah aku didatangi dia pula dlm hidup aku. Ish apa lagi dia ni nak ya? Waktu tu, aku merupakan 'orang tengah' dan 'dokterr cinte' untuknya dengan sahabat baikku. Dalam diam, aku menaruh harapan! Tapi kenapa dia begitu setia? Allah, aku pujuk lagi hati aku. Kuatkan hijrah dan terus istiqamah. Belajar solat dan menutup aurat dengan sempurna, belajar apa itu ikhtilat, tarbiyyah kan diri semasa di zaman diploma aku. Alhamdulillah Allah hadiahkan hidayah manis itu untukku :) Manis sungguh!

Dipendekkan cerite, hubungan mereka tak berkekalan. Dan aku mula mengambil alih tempat yang ada didalam hatinya. Tapi bkn semudah itu untuk aku menerimanya dalam hidup aku. Saat aku di 'reject' pula olehnya ketika dia dengan sahabatku itu, adalah pengalaman yang palingggg .... ya allah. Kuatkan aku! Tapi kini alhamdulillah Allah menjawab semua persoalan aku ketika itu. 2014 kami mula serious. Aku tetapkan syarat yang sangat sangat susah untuknya. Biarlah syarat itu menjadi rahsia antara kami. Carilah lelaki mana manapun dalam dunia ni, takkan ada yang sanggup bertahan dan kalau ada pun, mungkin hampir tewas haha! Doa ku yang tidak putus putus, istikharah yang juga sebagai panduan untuk memilih. ALhAmduliLLaH Allah mudahkan urusan perkenalan serious kami, Allah mudahkan pula urusan bertemu umi ayah, mak ayah dan seluruh keluarga yang lain. Alhamdulillah sekali lagi untuk bahagia yang ini. Kini usia perhubungan kami sudah mencecah 3tahun dan kami sudah mula memikirkan step step untuk menuju ke alam perkahwinan. InshaAllah moga dipermudahkan semuanya... dan untuk awak: saya sayang awak! Moga Allah mempersatukan hati kita serta menetapkan kita berjodoh, untuk satu sama lain hingga ke syurgaNya. 💕💕💕

Friday, January 20, 2017

Allah itu penuh rahsia.


 Ø¨Ø³Ù… الله الرمن الرحيم

Assalamualaikum.w.b.t

Pernah rasa tak kita hidup sorang sorang, saat tiada seorang pun fhm perasaan kita ketika itu. Yang mana saat tu juga, kasih sayang (ujian) yang Allah beri tak putus putusss T.T yang tidak tertanggung dihati dan dijiwa. Terlalu berat sehingga kita rasa, tiada manusia yang tahu perasaan ini. Terlalu lemah. Terlalu ingin rebah. Jika hati terlalu sakit, hati terlalu pedih, maka apa yang kita mampu buat....pujuklah! Pujuk dengan semangat yang betul betul akan mbuat ianya kembali qowiy (kuat). Letak Allah ditempat yang palinggg dalam. Yakin seyakin yakinnya dengan kekuasaan dan zat-Nya. Jangan ragu walau hanya sekelumit rasa. Ingatlah, setiap manusia, Allah menguji dgn ujian yang berbeza.

➽ Senyuman yang terukir dibibir takkan pernah sama dengan apa yang terlukis dihati. 
➽ Seberapa banyak derita yang dialami, ingatlah bahawa sebanyak itulah 'bahagia' yang Tuhan akan ganti.

Tuesday, November 8, 2016

Kini Aku Kembali


Assalamualaikum w.b.t

MashaAllah lamanya tinggal dunia penulisan blog ni. Segala luahan hati suatu ketika dahulu, pernah dikongsi disini. Kini aku scroll satu demi satu, kata orang mengimbau kenangan lalu. Kita mungkin akan dapat merasai kenangan itu lagi pada masa akan datang, tapi ketahui lah bahawa kenangan yang jadi pada hari semalam, tidak akan pernah sama dengan kenangan yang akan jadi pada hari esok. 

Sungguh, setiap apa yang jadi, punya hikmah yang tersendiri. Kini aku telah meniti usiaku, hihihi walaupun tidaklah tua mana. Cuma selama beberapa tahun ini, banyak perubahan dan pengalaman yang aku alami. Melalui zaman diploma kemudiannya menjadi pendidik kepada anak anak kecil yang baru ingin dibentuk dan ditarbiyyah. Sungguh pengalaman paling manis! Alhamdulillah juga untuk rezeki menyambung pelajaran ku ke peringkat ijazah sarjanamuda ini. MashaAllah lagi sekali Allah hadiahkan aku nikmat bsr sebegini yang tidak pernah terlintas pun aku akan tiba di tahap ini.

Sungguhpun, menuntut ilmu itu sebenarnya adalah wajib!
Kata Imam al-Ghazali, jika malas menuntut ilmu maka kamu akan merasa peritnya kebodohan.

Alhamdulillah utk segala bahagia yang aku kecapi kini. Alhamdulillah Ya Allah. 

Sunday, April 20, 2014

BUAT RENUNGAN BERSAMA :)


Bayangkan,

Kita ada anak kecil umur 3 tahun,
Satu hari kita tengah memasak di dapur,
Si anak ternampak pisau,
Merengek rengek dia menangis,
Nak kan pisau menjadi mainan,
Agak agak kita bagi?
Tentulah tidak kan.
Adakan ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, tanda sayang lah, kita enggan berikan.
Walaupun dimata anak, 
Pisau itu menyeronokkan,
Tapi kita lebih tahu,
Ia merbahaya untuk anak kita,
Kita lebih tahu,
Anak tidak tahu,
Begitu juga,
Kita dengan Allah,
Kita merengek nak kan sesuatu,
Tetapi Allah tidak mengizinkan,
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah,
Kemahuan kita tidak diturutkan,
Malah diganti dengan lebih baik
Kerana apa yag kita mahukan itu,
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita,
Tapi tidak pada pengetahuan Allah,
Allah lebih tahu,
Kita tidak tahu,
Mari bertasbih, tahmid dan takbir,
Mengagungkan Allah s.w.t

.............................................................................................................................................


Jika tiada rezeki anak, mungkin diberi rezeki mertua yang baik,
Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberi rezeki kesihatan,
Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mugkin dberi rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah,
Maka kita lebih bahagia,daripada membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezki rumah yang besar, mungkin diberi rezeki makanan yang tidak pernah putus,
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin dberi rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga,
Maka kita lebih bahgia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh, mngkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang 
Maka kita lebih bahagia, dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini , mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari,
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.


Bersabar. 
Bersyukur. 
Berdoa. 
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah yang Maha Adil.