Sunday, April 20, 2014

BUAT RENUNGAN BERSAMA :)


Bayangkan,

Kita ada anak kecil umur 3 tahun,
Satu hari kita tengah memasak di dapur,
Si anak ternampak pisau,
Merengek rengek dia menangis,
Nak kan pisau menjadi mainan,
Agak agak kita bagi?
Tentulah tidak kan.
Adakan ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, tanda sayang lah, kita enggan berikan.
Walaupun dimata anak, 
Pisau itu menyeronokkan,
Tapi kita lebih tahu,
Ia merbahaya untuk anak kita,
Kita lebih tahu,
Anak tidak tahu,
Begitu juga,
Kita dengan Allah,
Kita merengek nak kan sesuatu,
Tetapi Allah tidak mengizinkan,
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah,
Kemahuan kita tidak diturutkan,
Malah diganti dengan lebih baik
Kerana apa yag kita mahukan itu,
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita,
Tapi tidak pada pengetahuan Allah,
Allah lebih tahu,
Kita tidak tahu,
Mari bertasbih, tahmid dan takbir,
Mengagungkan Allah s.w.t

.............................................................................................................................................


Jika tiada rezeki anak, mungkin diberi rezeki mertua yang baik,
Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberi rezeki kesihatan,
Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mugkin dberi rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah,
Maka kita lebih bahagia,daripada membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezki rumah yang besar, mungkin diberi rezeki makanan yang tidak pernah putus,
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin dberi rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga,
Maka kita lebih bahgia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh, mngkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang 
Maka kita lebih bahagia, dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini , mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari,
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.


Bersabar. 
Bersyukur. 
Berdoa. 
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah yang Maha Adil.