Assalamualaikum w.b.t
Pertemuan semula dengannya betul betul diluar jangkaan aku. Perkenalan pertama kami sewaktu kami sekolah menengah, yg kononnya aku 'reject' dia (hahaha) lucu sangat bila diingat kembali. Kemudian, dia hilang tanpa berita pada tahun 2011 dan takdir menemukan kami balik beberapa tahun kemudiannya. Nampaknya kami memang boleh jadi 'member sekepala'. Aku kau aku kau. Masa di bekerja di Salad Bar, tiap kali aku lunch hour, biasanya aku bukan makan pun. Mesti contact dgn dia, potpetpotpet. Apa disembang ketika itu pun tak ingat dah sekarang hahaha! 2013 dan 2014 mengajar aku erti jatuh dan bangun. Saat permulaan hijrah aku didatangi dia pula dlm hidup aku. Ish apa lagi dia ni nak ya? Waktu tu, aku merupakan 'orang tengah' dan 'dokterr cinte' untuknya dengan sahabat baikku. Dalam diam, aku menaruh harapan! Tapi kenapa dia begitu setia? Allah, aku pujuk lagi hati aku. Kuatkan hijrah dan terus istiqamah. Belajar solat dan menutup aurat dengan sempurna, belajar apa itu ikhtilat, tarbiyyah kan diri semasa di zaman diploma aku. Alhamdulillah Allah hadiahkan hidayah manis itu untukku :) Manis sungguh!
Dipendekkan cerite, hubungan mereka tak berkekalan. Dan aku mula mengambil alih tempat yang ada didalam hatinya. Tapi bkn semudah itu untuk aku menerimanya dalam hidup aku. Saat aku di 'reject' pula olehnya ketika dia dengan sahabatku itu, adalah pengalaman yang palingggg .... ya allah. Kuatkan aku! Tapi kini alhamdulillah Allah menjawab semua persoalan aku ketika itu. 2014 kami mula serious. Aku tetapkan syarat yang sangat sangat susah untuknya. Biarlah syarat itu menjadi rahsia antara kami. Carilah lelaki mana manapun dalam dunia ni, takkan ada yang sanggup bertahan dan kalau ada pun, mungkin hampir tewas haha! Doa ku yang tidak putus putus, istikharah yang juga sebagai panduan untuk memilih. ALhAmduliLLaH Allah mudahkan urusan perkenalan serious kami, Allah mudahkan pula urusan bertemu umi ayah, mak ayah dan seluruh keluarga yang lain. Alhamdulillah sekali lagi untuk bahagia yang ini. Kini usia perhubungan kami sudah mencecah 3tahun dan kami sudah mula memikirkan step step untuk menuju ke alam perkahwinan. InshaAllah moga dipermudahkan semuanya... dan untuk awak: saya sayang awak! Moga Allah mempersatukan hati kita serta menetapkan kita berjodoh, untuk satu sama lain hingga ke syurgaNya. 💕💕💕