Assalamualaikum w.b.t
MashaAllah lamanya tinggal dunia penulisan blog ni. Segala luahan hati suatu ketika dahulu, pernah dikongsi disini. Kini aku scroll satu demi satu, kata orang mengimbau kenangan lalu. Kita mungkin akan dapat merasai kenangan itu lagi pada masa akan datang, tapi ketahui lah bahawa kenangan yang jadi pada hari semalam, tidak akan pernah sama dengan kenangan yang akan jadi pada hari esok.
Sungguh, setiap apa yang jadi, punya hikmah yang tersendiri. Kini aku telah meniti usiaku, hihihi walaupun tidaklah tua mana. Cuma selama beberapa tahun ini, banyak perubahan dan pengalaman yang aku alami. Melalui zaman diploma kemudiannya menjadi pendidik kepada anak anak kecil yang baru ingin dibentuk dan ditarbiyyah. Sungguh pengalaman paling manis! Alhamdulillah juga untuk rezeki menyambung pelajaran ku ke peringkat ijazah sarjanamuda ini. MashaAllah lagi sekali Allah hadiahkan aku nikmat bsr sebegini yang tidak pernah terlintas pun aku akan tiba di tahap ini.
Sungguhpun, menuntut ilmu itu sebenarnya adalah wajib!
Kata Imam al-Ghazali, jika malas menuntut ilmu maka kamu akan merasa peritnya kebodohan.
Alhamdulillah utk segala bahagia yang aku kecapi kini. Alhamdulillah Ya Allah.