Friday, January 20, 2017
Allah itu penuh rahsia.
بسم الله الرمن الرحيم
Assalamualaikum.w.b.t
Pernah rasa tak kita hidup sorang sorang, saat tiada seorang pun fhm perasaan kita ketika itu. Yang mana saat tu juga, kasih sayang (ujian) yang Allah beri tak putus putusss T.T yang tidak tertanggung dihati dan dijiwa. Terlalu berat sehingga kita rasa, tiada manusia yang tahu perasaan ini. Terlalu lemah. Terlalu ingin rebah. Jika hati terlalu sakit, hati terlalu pedih, maka apa yang kita mampu buat....pujuklah! Pujuk dengan semangat yang betul betul akan mbuat ianya kembali qowiy (kuat). Letak Allah ditempat yang palinggg dalam. Yakin seyakin yakinnya dengan kekuasaan dan zat-Nya. Jangan ragu walau hanya sekelumit rasa. Ingatlah, setiap manusia, Allah menguji dgn ujian yang berbeza.
➽ Senyuman yang terukir dibibir takkan pernah sama dengan apa yang terlukis dihati.
➽ Seberapa banyak derita yang dialami, ingatlah bahawa sebanyak itulah 'bahagia' yang Tuhan akan ganti.