Dia lebih rela 'sakit' apabila tahu perkara sebenar,
daripada 'sakit' kerana terus ditipuu...
Dia mungkin nampak mcm kolot. Nampak mcm tak up to date. Nampak mcm ketinggalan zaman. Tp ketahuilah, apa yang dia sedang buat, dia sedang berjihad! Dia sedang kuatkan pendirian dan pegangan hidup dia sendiri!!! Jangan pertikaikan kenapa dia buat mcm tu. Baginya, cinta dunia hanya pura pura. Biarlah cinta yg Esa dikejarnya. Jujur, dulu tika zaman jatuhnya dia, dia pernah bangkit seorang diri, menepis segala dugaan yg datang. Dan kini, dia diuji lagi dgn perkara yg sama. Ya Allah, pinjamkan dia kesabaran. Pinjamkan dia secebis kekuatan. Satu, dua, tiga (T_T) menistis juga air matanya. Air mata yg tak mampu lagi diseka. Air mata yg tak difahami sesiapa. Umph!! Bukan sengaja dibiarkan air mata itu mengalir, namun dia sudah terlalu lama bertahan, kini biarlah dia menangis sepuasnya... Hati mana yang tak sakit apabila terus ditipu? Hati mana yang tak pedih apabila senang diperguna gunakan? Dan dalam kesamaran cahaya, aku melihat wajah yang sembap itu menyeka air matanya, sambil berkata, "Takpe. Bagi aku, sebenarnya air mata ni bukan kerana sakit ditipu, tapi air mata ni adalah suatu kepuasan, apabila aku tahu perkara sebenar." Allahurabbi, sungguh kuat hati kau sahabat!!! Kau menyimpan semuanya dalam diam. Dan kini, jujur!!! aku juga mengagumi kamu dalam diam.........